Sunday 24 May 2015

Pengenalan Kursus


Kursus ini membincangkan karya agung yang menjadi pembentuk tradisi, tamadun dan pandangan semesta bangsa Melayu. Sepanjang kursus ini pelajar didedahkan tentang genre, gagasan, seni penulisan, nilai ilmu dan falsafah karya agung Melayu.


Karya Agung 

Karya agung merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya agung dianggap sebagai pembentuk dan cerminan budaya masyarakat yang menghasilkannya. Ia juga melambangkan daya cipta dan kerativiti sesuatu bangsa untuk melambangkan identitinya yang tersendiri. Hal ini menyebabkan falsafah, pemikiran, karya seni, budaya dan sastera yang terdapat dalam karya agung menjadi pegangan dan panduan bagi masyarakat yang yang hidup pada zaman ini. Karya-karya agung ini mengungkapkan pelbagai perkara termasuklah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Kebanyakan karya agung yang ada pada hari ini dikaji untuk diketahui isi kandungannya dan ada di antara isi kandungan itu masih berguna sehingga hari ini dan dipelajari. Keadaan ini membuktikan bahawa karya agung itu adalah satu hasil penulisan yang berkualiti dan ditulis oleh orang-orang yang berilmu pengetahuan tinggi dalam masyarakat tersebut.

No comments:

Post a Comment