Sunday 24 May 2015

Pengenalan Kursus


Kursus ini membincangkan karya agung yang menjadi pembentuk tradisi, tamadun dan pandangan semesta bangsa Melayu. Sepanjang kursus ini pelajar didedahkan tentang genre, gagasan, seni penulisan, nilai ilmu dan falsafah karya agung Melayu.


Karya Agung 

Karya agung merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Karya agung dianggap sebagai pembentuk dan cerminan budaya masyarakat yang menghasilkannya. Ia juga melambangkan daya cipta dan kerativiti sesuatu bangsa untuk melambangkan identitinya yang tersendiri. Hal ini menyebabkan falsafah, pemikiran, karya seni, budaya dan sastera yang terdapat dalam karya agung menjadi pegangan dan panduan bagi masyarakat yang yang hidup pada zaman ini. Karya-karya agung ini mengungkapkan pelbagai perkara termasuklah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Kebanyakan karya agung yang ada pada hari ini dikaji untuk diketahui isi kandungannya dan ada di antara isi kandungan itu masih berguna sehingga hari ini dan dipelajari. Keadaan ini membuktikan bahawa karya agung itu adalah satu hasil penulisan yang berkualiti dan ditulis oleh orang-orang yang berilmu pengetahuan tinggi dalam masyarakat tersebut.

Tuesday 19 May 2015

Manual Penggunaan


Dalam blog ini, terbahagi kepada lima bahagian. Dalam setiap bahagian mempunyai isinya yang tersendiri. Antaranya ialah:


1. Home

- dalam Home, kami memuatkan manual penggunaan, dan ringkasan blog. Bagi mencapai blog kami, pengguna bolehlah melayari laman tersebut:

http://karyaagungkami2015.blogspot.com


2. Info

-dalam ruangan Info ini, kami telah memuat naik tentang pensyarah kami, serta ahli kumpulan kami yang terdiri daripada lima orang ahli. 



3. Hikayat Aceh

- dalam ruangan ini, kami memuat naik isi-isi yang berkaitan dengan Hikayat Aceh.




4. Novel Interlok

- dalam ruangan ini, kami memuat naik Novel Interlok.


5. Gurindam 12 Karya Raja Ali Haji



6. Gambar 

- dalam ruangan ini, kami memaparkan imej Hikayat Aceh, Novel Interlok dan Gurindam 12



Bagi mendapatkan  lebih maklumat tentang Hikayat Aceh, Novel Interlok dan Gurindam 12, pengguna bolehlah terus melayari laman blog kami ini.

Sekian

---Terima Kasih---